
PUTRAJAYA, 20 Ogos 2026 โ Kerajaan terus memperkukuh benteng keselamatan negara apabila Jemaah Menteri meluluskan 17 syor penambahbaikan menerusi Memorandum Bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT), dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lokasi perintis pelaksanaan.
โKeselamatan pintu masuk negara mesti sentiasa diperkukuh melalui saringan yang lebih pintar, tindakan lebih pantas dan penyelarasan antara agensi yang lebih bersepadu.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Daripada keseluruhan syor tersebut, 6 tindakan keutamaan atau Quick Wins akan dilaksanakan dalam jangka pendek meliputi:
๐น Saringan bersasar berasaskan risiko
๐น e-Vetting dan pengukuhan kawalan akses
๐น Saringan dadah terhadap personel penerbangan
๐น Peningkatan kehadiran nyata pasukan keselamatan
๐น Perkongsian maklumat keselamatan melalui National Immigration Command Centre (NICC)
๐น Penubuhan Jawatankuasa Teknikal KDNโMOT
Pelaksanaan seterusnya akan dibuat secara berfasa. Fasa jangka sederhana memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi, aset dan sumber manusia, manakala fasa jangka panjang melibatkan transformasi sistem, perkongsian maklumat, pengukuhan tadbir urus serta peluasan pelaksanaan ke pintu-pintu masuk antarabangsa lain berdasarkan tahap risiko dan keperluan operasi.
Langkah menyeluruh ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan setiap pintu masuk negara mempunyai sistem kawalan yang lebih cekap, berintegriti dan responsif terhadap ancaman keselamatan semasa, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat, pelancong serta komuniti penerbangan antarabangsa.
KESELAMATAN DIPERKUKUH, KEYAKINAN DIPERTINGKAT.
Sumber: Kenyataan Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT), 20 Ogos 2026.
