JANGAN ABAIKAN TANDA AMARAN — KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

24 Ogos 2026

Keselamatan komuniti bermula dengan kepekaan setiap daripada kita. Sekiranya mengesan ancaman, hasutan keganasan atau sebarang situasi mencurigakan, jangan tunggu — laporkan segera kepada pihak berkuasa. Tindakan pantas dan laporan awal mampu membantu mencegah ancaman sebelum ia berkembang menjadi risiko yang lebih besar kepada masyarakat.

“MyPCVE perlu menjadi rujukan dan panduan penting dalam menangani ancaman fahaman pelampau keganasan di Malaysia.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) 2024–2028 merupakan kerangka komprehensif negara yang menggembleng peranan kerajaan, sektor swasta, media, institusi pendidikan serta masyarakat dalam memperkukuh usaha pencegahan dan menangani ancaman fahaman pelampau keganasan. Pelaksanaannya berteraskan pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan.

☎️ Talian Utama: 999
☎️ Majlis Keselamatan Negara (MKN): 03-8888 2010
☎️ Malaysia Government Call Centre (MyGCC): 03-8000 8000

Jangan mengambil mudah tanda-tanda awal yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Kepekaan, tindakan segera dan kerjasama masyarakat menjadi benteng penting dalam melindungi keluarga, komuniti dan negara.

PILIH KEAMANAN, TOLAK KEGANASAN.

Sumber: Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan 2024–2028 (MyPCVE), Kementerian Dalam Negeri.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *