
MOSCOW, 24 Ogos – Seramai 8.24 juta pengundi Kazakhstan menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya pertama bagi Qurultay, Parlimen baharu satu dewan, dengan kadar keluar mengundi mencapai 65.37 peratus setakat 4 petang waktu tempatan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), kadar itu mengatasi 54.21 peratus yang direkodkan pada pilihan raya Parlimen 2023.
Kyzylorda mencatatkan kadar tertinggi iaitu 81.38 peratus, manakala Almaty terendah pada 36.65 peratus. Pilihan raya itu menawarkan 145 kerusi Qurultay yang dipertandingkan oleh tujuh parti politik berdaftar.
