
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengajak orang ramai yang akan menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Putrajaya supaya datang lebih awal, merancang perjalanan dan mengutamakan penggunaan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan perjalanan lebih lancar.
“Tanpa negara yang aman, pembangunan tidak mungkin dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Orang ramai digalakkan menggunakan kemudahan KTM Komuter, MRT, Bas Rapid KL dan Bas Perantara Putrajaya, selain mengelakkan laluan yang terjejas serta sentiasa mematuhi arahan petugas keselamatan dan trafik di lokasi.
Dalam semangat people-centric, PDRM akan terus membantu melancarkan pergerakan orang ramai, menjaga keselamatan kawasan tumpuan dan memastikan sambutan berlangsung dengan teratur. Pengunjung juga disaran menjaga kebersihan, keselamatan diri, keluarga serta barangan peribadi sepanjang berada di kawasan sambutan.
📞 Hotline Polis Kuala Lumpur: 03-2115 9999
🚨 Kecemasan: 999
Maklumat trafik semasa turut boleh diperoleh melalui aplikasi berkaitan serta saluran rasmi pihak berkuasa.
Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama menyambut dengan penuh semangat patriotik, tertib dan bertanggungjawab. Kerjasama rakyat menjadi sebahagian daripada kekuatan keselamatan negara.
Sumber:
Kenyataan Media Ketua Polis Kuala Lumpur, 25 Ogos 2026.
