39 rakyat Australia hilang dalam bencana banjir lumpur Nepal

SYDNEY, 28 Ogos – Seramai 39 rakyat Australia dilaporkan hilang susulan banjir lumpur dan tanah runtuh dahsyat yang melanda kawasan pergunungan Nepal.

Menteri Luar Australia, Penny Wong, berkata skala kemusnahan menyukarkan usaha mengesan mangsa, dengan ramai dilaporkan terkorban dan masih hilang.

Australia menempatkan kira-kira 20 pegawai konsular di Kathmandu bagi menyelaras bantuan, selain menambah pasukan keselamatan dan penyelamat.

Kerajaan Australia turut meluluskan bantuan kemanusiaan AUS$5 juta (RM10.6 juta) bagi menyokong operasi menyelamat dan pemulihan.

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir lumpur serta tanah runtuh yang memusnahkan penempatan dan laluan perhubungan utama.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *