π‹π„ππˆπ‡ πŸπŸ“πŸŽ,𝟎𝟎𝟎 πŠπ„ππƒπ„π‘π€π€π π’π„π‡π€π‘πˆ πƒπˆπ‰π€ππ†πŠπ€ 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐖𝐂𝐄 π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π, π‚π”π“πˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menjangkakan jumlah trafik melebihi 150,000 kenderaan sehari di jajaran lebuh raya yang telah beroperasi sepanjang sambutan Hari Kebangsaan 2026 dan cuti sekolah bermula pada hujung minggu ini.

WCE dalam kenyataan hari ini memaklumkan peningkatan trafik dijangka berlaku berikutan pertambahan pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan melakukan perjalanan antara negeri, khususnya antara Lembah Klang dengan destinasi lain di Selangor dan Perak.

Ketua Operasi Lebuh Raya WCE Syed Muhd Naguib Syed Mohd berkata justeru, WCE menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengelakkan perjalanan pada waktu puncak, khususnya dari lewat petang hingga malam.

“Lebih penting, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan cuti sekolah, ramai rakyat Malaysia akan berada di jalan raya untuk bersama-sama keluarga dan mengunjungi pelbagai destinasi.

“Keutamaan kami ialah memastikan keselamatan setiap pengguna lebuh raya. Rancang perjalanan, dapatkan rehat yang secukupnya dan jangan sekali-kali menggadaikan keselamatan semata-mata untuk menjimatkan beberapa minit perjalanan,” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *