Tiga Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sungai Bangat

LABUAN, 28 Ogos – Tiga rumah separa kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lorong Orkid, Simpang 7, Kampung Sungai Bangat, malam tadi.

JBPM menerima panggilan kecemasan pada 9.51 malam dan berjaya mengawal kebakaran pada 10.18 malam. Ketiga-tiga rumah terbakar 100 peratus.

Seramai tujuh penghuni, terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita, berada di rumah berkenaan. Tiada kecederaan dilaporkan.

Operasi ditamatkan pada 11.57 malam, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *