
PARIS, 1 September- Bekas Perdana Menteri Perancis, Edouard Balladur meninggal dunia di Paris pada Isnin pada usia 97 tahun, menurut keluarganya kepada AFP.
Balladur, yang dilahirkan di Turkiye dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis oleh Presiden Francois Mitterrand dan memegang jawatan itu dari Mac 1993 hingga Mei 1995.
Ketika menerajui kerajaan, beliau melaksanakan beberapa penswastaan besar membabitkan syarikat milik kerajaan dan bertanding dalam pilihan raya presiden pada 1995, namun gagal memenangi jawatan itu.
Beliau tewas kepada bekas sekutu politiknya yang kemudian menjadi pesaing, Jacques Chirac selepas kempen sengit.
Chirac kemudiannya memegang jawatan presiden sehingga 2007.
Keluarga Balladur memaklumkan majlis tertutup akan diadakan bagi memperingati mendiang tanpa memberikan butiran lanjut. -AFP
