Perkembangan Terkini Mengenai Laporan Berkaitan Rakyat Malaysia yang Terjejas Akibat Banjir di Nepal*(Ref: 037)

Kementerian Luar Negeri mengambil maklum laporan yang sedang tular mengenai seorang individu yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan satu kumpulan yang terjejas akibat bencana banjir kilat di Nepal. Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berkaitan di Nepal. Kementerian tidak akan membuat sebarang spekulasi mengenai laporan tersebut sementara proses pengesahan masih berjalan.

Kementerian terus mengutamakan penyaluran maklumat yang telah disahkan mengenai kes individu secara langsung kepada waris. Kementerian dengan hormatnya memohon kerjasama pihak media untuk memberi ruang kepada proses ini dan menghormati privasi keluarga yang terlibat. Sebarang perkembangan yang sesuai untuk dimaklumkan kepada umum akan disampaikan setelah maklumat berkenaan disahkan.

Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *