
KUALA LUMPUR, 2 September – Isu kelewatan bekalan Baja 3 kepada pesawah di kawasan MADA akan diselesaikan dalam tempoh 10 hari, dengan penghantaran baki bekalan bermula 3 September 2026.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata perkhidmatan pembekalan oleh Taveekun Manufacturing Sdn. Bhd. ditamatkan susulan kelewatan, manakala Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd., anak syarikat NAFAS, diberi tanggungjawab menyelesaikan baki bekalan.
MADA akan memantau penghantaran secara rapi bagi memastikan semua pesawah menerima baja mengikut jadual dan aktiviti penanaman padi tidak terjejas.
Mohamad menegaskan tiada kompromi terhadap kelewatan yang boleh menjejaskan kepentingan pesawah serta pengeluaran makanan negara.
