Boeing bayar AS$3.1 juta kepada FAA susulan pelanggaran keselamatan

WASHINGTON, 3 September – Boeing membayar denda AS$3.1 juta kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) selepas didapati melakukan beberapa pelanggaran keselamatan.

Antara pelanggaran itu termasuk campur tangan terhadap pegawai keselamatan serta mengemukakan pesawat yang tidak layak terbang untuk mendapatkan kelulusan FAA.

Kes berkenaan turut dikaitkan dengan insiden Boeing 737 MAX 9 Alaska Airlines pada 2024, apabila panel kabin tercabut dan pesawat didapati kehilangan empat bolt utama.

FAA sebelum ini turut mengesan ratusan pelanggaran kawalan kualiti di fasiliti pengeluaran Boeing dan kontraktornya.

Senator Demokrat, Richard Blumenthal, menyifatkan jumlah denda itu tidak mencukupi sebagai langkah pencegahan terhadap pelanggaran yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan.

Sekatan pengeluaran Boeing 737 yang dikenakan susulan insiden itu kemudian ditarik balik pada Oktober 2025. – REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *