





Kuala Lumpur, 4 September 2026 β Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau (SAR), Sam Hou Fai, dalam lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Disember 2024.
Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak memperkukuh hubungan Malaysia dan Macau, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kewangan, sains dan teknologi, pendidikan serta industri konvensyen dan pameran.
Perdana Menteri turut menyambut baik pemeteraian beberapa perjanjian perniagaan antara syarikat Malaysia dan Macau, yang diharapkan dapat menjadi pemacu kepada kerjasama ekonomi lebih erat dan luas antara kedua-dua pihak.
Menurut beliau, kedudukan strategik Macau dan Hengqin yang terhubung dengan Greater Bay Area boleh dimanfaatkan bagi membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia, selain memperkukuh peranan negara sebagai gerbang kepada perniagaan Macau untuk meneroka pasaran ASEAN.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut menyentuh usaha memperluas hubungan rakyat menerusi bidang pendidikan dan pelancongan, termasuk potensi kerjasama dalam sektor pelancongan halal dan mesra Muslim bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Perdana Menteri berkata Malaysia bersedia menterjemahkan hubungan yang semakin erat dengan Macau kepada kerjasama yang praktikal, bermakna dan saling menguntungkan, selaras dengan semangat Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China.
