
KUALA LUMPUR, 19 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bagi menyempurnakan pelepasan larian Malaysia Sarong Music Run 2026 yang berlangsung di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini.
Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Memasuki tahun ketiga penganjurannya, Malaysia Sarong Music Run 2026 menghimpunkan lebih 20,000 peserta menerusi tiga kategori larian, iaitu larian 3 kilometer (km), 5km Fun Run dan 5km Speed Run.
Penganjuran program itu mencerminkan sambutan berterusan terhadap aktiviti sukan dan rekreasi yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana meriah, selain menyediakan ruang kepada peserta untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Sumber: Malaysia Sarong Music Run 2026
