
22 September 2026
Hampir 30,000 beg kasut disumbangkan kepada jemaah Muassasah seluruh negara bagi musim haji 1447H/2026M menerusi Program Sahabat Haji Tabung Haji (TH).
Sumbangan Pintas Utama Sdn Bhd itu bertujuan membantu melengkapkan keperluan jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci, selain memudahkan mereka membawa barangan keperluan sepanjang menunaikan ibadah haji.
Agihan beg kasut jenis tali cerut dilaksanakan secara berperingkat ketika Kursus Perdana Haji peringkat negeri dan melalui cawangan TH negeri.
MENYOKONG KEBAJIKAN
Penglibatan Pintas Utama dalam menyantuni jemaah haji Malaysia bermula sejak 2023, sebagai usaha berterusan menyokong kebajikan dan keselesaan jemaah.
