Projek Keselamatan Sempadan Perlu Disiapkan Ikut Jadual

KUCHING, 21 September – Projek berkaitan keselamatan dan kawalan sempadan negara perlu diberi keutamaan serta disiapkan mengikut garis masa ditetapkan bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, projek di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak boleh dilaksanakan seperti projek biasa kerana melibatkan kepentingan keselamatan negara.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin yang kini mencapai kemajuan kira-kira 11 peratus, iaitu enam hari lebih awal daripada jadual.

Antara cabaran pelaksanaan ialah penyediaan jalan raya serta kemudahan utiliti termasuk elektrik, air dan telekomunikasi.

ICQS Serikin dijangka siap dalam tempoh setahun, manakala Projek Pusat Kawalan Sempadan (PKS) Telok Melano dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *