KERAJAAN PERSEKUTUAN SALUR RM25 JUTA UNTUK NATIONAL ATE CAMPUS DI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 24 SEPTEMBER 2026 –

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian
Ekonomi akan menyalurkan RM25 juta di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13)
bagi penubuhan National Automation, Testing and Equipment (ATE) Campus di Batu
Kawan, Pulau Pinang.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Ekonomi, Y Akmal Nasrullah
Mohd Nasir, sempena KL20@Penang 2026: Silicon Surge. Peruntukan ini adalah tambahan
kepada kerangka pembiayaan RM9.25 bilion di bawah RMK13 bagi pelaksanaan New
Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030). Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan 10 ekar
tanah bagi pembangunan kampus tersebut. Kampus ini akan menjadi platform bagi
pembangunan bakat, kelayakan teknologi serta pembangunan bersama, pengujian dan
penggunaan penyelesaian ATE buatan Malaysia.
“Komitmen RM75 juta Kerajaan Persekutuan bagi Penang Silicon Design at 5KM Plus dan
National ATE Campus mencerminkan tekad kita untuk membina ekosistem semikonduktor
yang lebih lengkap di Pulau Pinang. Sokongan ini menghubungkan pembangunan bakat, reka
bentuk cip, kejuruteraan, kelayakan teknologi dan pengkomersialan, supaya lebih banyak
syarikat Malaysia dapat membangunkan produk, memiliki harta intelek dan bersaing di pasaran
global”, kata Akmal Nasrullah lagi

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, “Pulau Pinang berbangga
menjadi tuan rumah KL20@Penang 2026: Silicon Surge bersama Kementerian Ekonomi. Kami
mengalu-alukan peruntukan RM25 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi National
Automation, Testing and Equipment Campus di Batu Kawan yang akan memperkukuh
keupayaan teknologi industri negeri ini. Bersama Dana Teknologi Strategik Pulau Pinang
berjumlah RM50 juta, kerjasama ini akan membantu memperkukuh syarikat teknologi
tempatan dan membina lebih banyak juara tempatan”

Kerajaan Persekutuan turut menyediakan RM12.3 juta sehingga 2030 bagi Penang STEM
Talent Blueprint yang menyasarkan 100,000 pelajar.
Kesemua inisiatif ini menyokong peralihan Malaysia daripada “Made in Malaysia” kepada
“Made by Malaysia” dan sejajar dengan Strategi Semikonduktor Nasional yang
menyasarkan sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan. Bagi tempoh 2020 hingga
2025, Pulau Pinang merekodkan RM25 bilion pelaburan pembuatan yang diluluskan dalam
sektor machinery and equipment, kira-kira 40 peratus daripada jumlah Malaysia bagi segmen
tersebut.

KL20@Penang 2026 turut menyaksikan pertukaran kerjasama oleh InvestPenang dan NCIA
bersama rakan industri, penyelidikan serta pembangunan bakat. Kerjasama ini memperkukuh
hubungan antara teknologi, penyelidikan, bakat dan keupayaan syarikat tempatan bagi
mempercepat pengkomersialan serta penerokaan pasaran global.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *