LAWATAN KERJA PM ANWAR KE CHINA RAIH POTENSI PELABURAN LEBIH RM28 BILION

HANGZHOU, 24 September 2026 — Malaysia merekodkan potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China sepanjang lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou.

POTENSI PELABURAN

Menurut Anwar, potensi pelaburan itu dicapai menerusi perbincangan meja bulat bersama 21 syarikat serta sesi pertemuan dengan lima syarikat gergasi industri China.

Beliau berkata potensi pelaburan berimpak tinggi tersebut merangkumi sektor strategik termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bioteknologi dan peranti perubatan termaju.

“Rata-rata syarikat menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan pelaburan atas dasar keyakinan terhadap kestabilan dan dasar yang sedang kita laksanakan,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima di Hangzhou Grand Convention and Exhibition Center.

Beliau menegaskan pertemuan perniagaan sepanjang lawatan tersebut berjaya merekodkan potensi pelaburan melebihi RM28 bilion.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *