HalSTEM Wajar Diperluas ke Sekolah Agama, Tahfiz

Program pendidikan Halal berasaskan STEM (HalSTEM) wajar diperluas ke sekolah agama, tahfiz dan madrasah bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar menceburi bidang sains dan teknologi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, golongan huffaz mempunyai potensi besar dalam bidang sains sekiranya diberikan ruang dan peluang melanjutkan pengajian.

Inisiatif HalSTEM melalui kerjasama IPPH UPM, Nestlé Malaysia dan JAKIM turut menyediakan pendedahan teori, praktikal serta pengalaman industri dalam bidang halal dan STEM.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *