‘SEPERTI ORKID YANG MEKAR’ – ANWAR GAMBARKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

Petikan dari FB Anwar Ibrahim

25 September 2026

Kerajaan China sering menampilkan keindahan bunga orkid, khususnya Phalaenopsis atau Orkid Rama-rama, sebagai perhiasan dalam majlis-majlis diplomatik utama mereka.

Hal ini cukup terserlah tatkala saya mengadakan pertemuan dua hala bersama sahabat saya, Premier Li Qiang di West Lake State Guest House, Hangzhou hari ini.

Dalam bahasa Cina, orkid disebut Lán Huā (兰花). Ada suatu ungkapan yang cukup indah, Jīn Lán Zhī Jiāo (金兰之交), yang membawa makna persahabatan sejati — sehati sejiwa, teguh mengharungi ujian serta setia berkongsi suka dan duka.

Falsafah ini berakar daripada kitab klasik Yi Jing (易经), yang mengungkapkan:

“二人同心,其利断金;同心之言,其香如兰。”

Apabila dua insan sehati sejiwa, kekuatannya mampu memotong logam; apabila bicara lahir daripada persefahaman yang sama, harumnya ibarat semerbak bunga orkid.

Ungkapan ini membawa saya merenung perjalanan hubungan Malaysia dan China yang telah menjangkau 52 tahun. Hubungan ini bukan sekadar terikat pada kepentingan perdagangan dan diplomasi, tetapi dipupuk atas rasa saling menghormati, kepercayaan dan persefahaman yang telah teruji merentas zaman.

Seperti orkid yang mekar dan menyebarkan harum, demikianlah persahabatan Malaysia dan China yang harus terus dibaja dan diperkukuh, bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara, tetapi terutama demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

—————————————-

兰花,尤其是蝴蝶兰,向来深受中国政府青睐,经常成为重大外交场合中不可或缺的布置元素。

中文有一句以兰花为名、意义深远的成语——“金兰之交”,象征着同心同德、同甘共苦的深厚友谊。

“金兰之交”出自《易经·系辞上》:
二人同心,其利断金;
同心之言,其香如兰。

昨日,我与中国国务院总理李强于杭州西湖国宾馆举行马中双边会议。眼前盛开的蝴蝶兰,让我深思马中建交 52 载的丰硕成果,绝不仅限于经贸与外交层面的利益,更是历经岁月洗礼与考验的互信、相互尊重与深刻理解。

马中友谊正如需要精心滋养才能持续绽放、散发阵阵芬芳的兰花;不断巩固两国关系,不仅是为了彼此的共同利益,促进两国人民的和平、繁荣与福祉更是重中之重。

🇲🇾🇨🇳

MalaysiaMADANI

DiplomasiMADANI

YakinMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *