
Kerajaan Persekutuan bersedia mempertimbangkan cadangan mengembalikan semula keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu selaras dengan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya kegiatan perniagaan di Langkawi kembali diperkasa.
Antara perkara yang dibangkitkan ialah pengurangan beberapa keistimewaan cukai sebelum ini, termasuk cukai terhadap kenderaan, produk tembakau dan barangan lain.
Inti utama: Kerajaan terbuka meneliti semula keistimewaan bebas cukai Langkawi bagi membantu memulihkan sektor perniagaan dan ekonomi pulau tersebut.
