Putin tambah 15,500 anggota tentera Rusia

MOSCOW, 29 September – Presiden Rusia, Vladimir Putin meluluskan penambahan 15,500 anggota tentera, menjadikan kekuatan tentera negara itu kepada 1,550,500 orang.

Jumlah keseluruhan Angkatan Tentera Rusia termasuk kakitangan awam kini mencapai 2,441,630 orang.

Penambahan itu merupakan kali keempat tahun ini, selepas peningkatan saiz angkatan tentera pada Mac, Jun dan Julai.

Secara keseluruhan, kekuatan tentera Rusia meningkat hampir 48,000 anggota sejak Mac.

Dekri terbaharu tidak menyatakan sebab penambahan itu, yang dibuat ketika perang Rusia-Ukraine masih berlarutan.

Ukraine sebelum ini mendakwa Moscow sedang bersiap untuk mobilisasi baharu, namun dakwaan itu dinafikan Putin. – AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *