
KUALA LUMPUR, 30 September – Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11 malam tadi.
Menurut APIMS, bacaan tertinggi dicatat di Johan Setia, Selangor (179), diikuti Nilai, Negeri Sembilan (174) dan Cheras, Kuala Lumpur (173).
Antara kawasan lain yang turut terjejas ialah Shah Alam (172), Pasir Gudang (172), Bandaraya Melaka (170), Larkin (169), Klang (167), Putrajaya (166), Bukit Rambai (166), Port Dickson (165), IPD Serian (165) dan Banting (164).
Selain itu, 26 kawasan merekodkan IPU sederhana, manakala empat kawasan berada pada tahap baik.
Kategori IPU:
- 0–50: Baik
- 51–100: Sederhana
- 101–200: Tidak sihat
