
California, Amerika Syarikat mengiktiraf Aidilfitri dan Aidiladha sebagai cuti umum rasmi menerusi undang-undang baharu yang ditandatangani Gabenor Gavin Newsom.
Rang Undang-Undang Perhimpunan 2017 (AB 2017) membolehkan sekolah awam dan kolej komuniti bercuti pada kedua-dua perayaan itu, selain memberi kemudahan cuti kepada kakitangan awam yang layak.
Pengiktirafan berkenaan turut mencerminkan kepentingan budaya dan kedudukan kedua-dua perayaan utama umat Islam dalam masyarakat California.
