PM arah teliti pelaksanaan gaji minimum secara menyeluruh

PUTRAJAYA, 30 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pelaksanaan gaji minimum diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penelitian merangkumi tempoh pelaksanaan, kumpulan pekerja dan sektor yang terlibat, selain mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk FMM.

Tiada keputusan muktamad dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. Sebarang pengumuman berhubung gaji minimum dijangka dibuat seawal pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *