Sri Lanka salur AS$126 juta subsidi diesel

COLOMBO, 29 September – Sri Lanka memperuntukkan AS$126 juta untuk subsidi diesel selama tiga bulan mulai Oktober bagi mengurangkan tekanan kenaikan harga bahan api, terutama terhadap sektor pengangkutan awam.

Kerajaan menaikkan harga minyak sekitar 50 peratus susulan peningkatan kos tenaga global akibat konflik di Asia Barat. Subsidi hanya diberikan kepada diesel, manakala petrol tidak menerima bantuan sama.

Inflasi negara itu turut meningkat kepada 8.0 peratus pada Ogos, paras tertinggi dalam 38 bulan, ketika ekonomi masih berdepan kesan krisis kewangan 2022.

Kerajaan memberi amaran konflik berpanjangan di Asia Barat boleh terus menjejaskan pemulihan ekonomi Sri Lanka yang masih rapuh.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *