

14 Oktober 2026
KualaLumpur Pembangunan Awan AI Berdaulat menjadi antara langkah penting kerajaan dalam memastikan maklumat terperingkat negara kekal selamat dan tidak terjejas oleh dasar serta perundangan negara asing, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pembangunan infrastruktur itu penting bagi menjamin kedaulatan digital negara, khususnya dalam melindungi maklumat terperingkat (dokumen rasmi berklasifikasi) yang berisiko terdedah sekiranya disimpan menggunakan perkhidmatan awan awam.
βAda satu perkara yang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sebut tapi kita sedang dalam proses untuk laksanakanβ¦ ini sangat penting untuk kedaulatan digital kita, iaitu awan berdaulat.
βKita melihat sesetengah negara mungkin mempunyai dasar dan perundangan yang boleh menyebabkan penggunaan awan yang bersifat awam tidak begitu selamat terutama bagi maklumat terperingkatβ¦ jadi, kerajaan telah memutuskan untuk membangunkan sovereign AI cloud atau awan AI berdaulat,β katanya.
Fahmi berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk βBelanjawan 2027: Memperkasa Komunikasi, Memacu Ekonomi Jinggaβ di Wisma Bernama hari ini.
