RAJA PERMAISURI AGONG KURNIA PELITUP MUKA KEPADA PEJABAT DAERAH DAN PDRM JOHOR

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan pelitup muka bagi kegunaan setiap daerah di Johor serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor.

Sumbangan disampaikan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) pada majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini (14 Oktober).

Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Timbalan Pengerusi II YRZSNJ, Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir, bersama Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abd Rahim.

Turut hadir, Dato’ Mohd Noorazam Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor merangkap Bendahari Kehormat YRZSNJ,

Sumbangan bagi PDRM diterima oleh DCP Hoo Chuan Huat, Timbalan Ketua Polis Johor, manakala serahan bagi Pejabat Daerah diterima oleh Pegawai-Pegawai Daerah serta wakil penerima daerah masing-masing.

Mewakili seluruh warga Polis Johor, DCP Hoo Chuan Huat merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap keselamatan dan kesihatan petugas barisan hadapan.

β€œPelitup muka ini akan segera diagihkan kepada anggota yang bertugas di lapangan, terutamanya di 13 Pusat Kawalan Daerah (DCC) Jerebu di seluruh negeri,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Sebanyak 48,000 unit pelitup muka diagihkan secara menyeluruh kepada 10 pentadbiran Pejabat Daerah iaitu 4,800 unit bagi setiap daerah, manakala 25,000 unit lagi diserahkan kepada PDRM Kontinjen Johor.

Agihan ini dikhususkan buat para petugas barisan hadapan yang berkhidmat di luar bangunan berikutan keadaan jerebu di Johor.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *