
OP MEGA TIKTOK 2026 | PDRM PERGIAT SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN BERSEPADU
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras penyalahgunaan platform media sosial untuk menyebarkan propaganda pertubuhan yang diwartakan sebagai haram. Tindakan ini dilaksanakan bagi memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam.
“Penguatkuasaan tegas berlandaskan undang-undang menjadi keutamaan bagi membendung penyalahgunaan platform digital serta memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terpelihara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Menerusi OP MEGA TIKTOK 2026, PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan, antaranya:
⚖️ SEKSYEN 233 – AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian boleh dikenakan:
✅ Denda maksimum RM500,000
✅ Penjara maksimum 2 tahun
✅ Atau kedua-duanya sekali.
⚖️ SEKSYEN 6(1)(c) – AKTA IMIGRESEN 1959/63
Kesalahan masuk atau berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah boleh dikenakan:
✅ Denda minimum RM10,000
✅ Penjara maksimum 5 tahun
✅ Atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan sebatan tidak melebihi 6 kali, tertakluk kepada undang-undang.
KDN menegaskan bahawa setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab serta tidak terlibat dalam penyebaran propaganda pertubuhan haram yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
🇲🇾 KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
