
OP MEGA TIKTOK 2026: PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN 1966
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperhebat penguatkuasaan bagi membanteras penyebaran propaganda dan kegiatan pertubuhan yang diwartakan sebagai haram, termasuk penyalahgunaan platform media sosial yang boleh mengancam keselamatan serta ketenteraman awam.
βTiada kompromi terhadap sebarang kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan terus dilaksanakan demi melindungi rakyat dan memelihara ketenteraman awam.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Menerusi OP MEGA TIKTOK 2026, PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang, termasuk Akta Pertubuhan 1966.
βοΈ SEKSYEN 47 β AKTA PERTUBUHAN 1966
Kesalahan mencetak, menyiarkan, mempamerkan, menjual atau memiliki tanpa kuasa yang sah bahan propaganda pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Jika disabitkan kesalahan:
β Denda maksimum RM5,000
β Penjara maksimum 2 tahun
β Atau kedua-duanya sekali.
βοΈ SEKSYEN 43 β AKTA PERTUBUHAN 1966
Kesalahan menjadi atau bertindak sebagai anggota, menghadiri mesyuarat atau membantu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Jika disabitkan kesalahan:
β Denda maksimum RM5,000
β Penjara maksimum 3 tahun
β Atau kedua-duanya sekali.
KDN menegaskan bahawa sebarang penglibatan dalam kegiatan pertubuhan haram boleh membawa implikasi perundangan. Penguatkuasaan secara bersepadu akan terus diperkukuh bagi membendung kegiatan jenayah terancang serta memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
Orang ramai turut diseru agar tidak terlibat dalam penyebaran propaganda pertubuhan haram dan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
π²πΎ KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), 14 Oktober 2026.
