
PUTRAJAYA, 15 Oktober 2026 โ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah menerusi beberapa operasi penguatkuasaan dari 26 September hingga 12 Oktober 2026, melibatkan sitaan pelbagai jenis dadah seberat 1,194.56 kilogram dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM161.67 juta.
๐๐๐ฆ ๐ญ โ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐ง๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฐ.๐ฒ๐ด ๐๐จ๐ง๐
Pada 26 September 2026, bertindak atas maklumat risikan, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 16 kotak yang diikrarkan sebagai Non-Dangerous Goods di Bay Eksport Post Aviation, Kargo Village, KLIA, Sepang, Selangor.
Hasil pemeriksaan mendapati 12 kotak mengandungi 285 bungkusan plastik berisi serbuk kristal berwarna putih yang disyaki dadah jenis Methamphetamine, dengan anggaran berat sebanyak 293.60 kilogram dan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM14.68 juta.
๐๐๐ฆ ๐ฎ โ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐ ๐ต๐ต,๐ฌ๐ฌ๐ฌ
Pada 1 Oktober 2026, bertindak atas maklumat risikan, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan di kawasan persisiran Sungai Perlis, Perlis.
Hasil pemeriksaan menemukan dua (2) guni di bawah jeti haram terbiar berhampiran Jalan Dato Ali, Sungai Perlis. Pemeriksaan lanjut mendapati guni tersebut mengandungi ketulan mampat yang disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat sebanyak 33.00 kilogram dan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM99,000.
๐๐๐ฆ ๐ฏ โ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐ง๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฏ.๐ฌ๐ฎ ๐๐จ๐ง๐
Pada 10 Oktober 2026, bertindak atas maklumat risikan, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Perlis telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah pondok di kawasan perkuburan Siam Jejawi, Arau, Perlis.
Hasil pemeriksaan menemukan 17 kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di dalam pondok berkenaan. Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 228 bungkusan pelbagai warna yang disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat sebanyak 460.31 kilogram dan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM23,015,500.
๐๐๐ฆ ๐ฐ โ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ข๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ข๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฎ๐ฏ.๐ด๐ณ ๐๐จ๐ง๐
Pada 12 Oktober 2026, Cawangan Narkotik, JKDM Ibu Pejabat telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kotak kayu yang diikrarkan mengandungi Hande Screw Air Compressor di Post Acceptant Advance Cargo Centre, Bangunan MASKargo, KLIA, Sepang, Selangor.
Hasil pemeriksaan menemukan sebuah kompresor yang mengandungi karung-karung guni berisi serbuk putih yang disyaki dadah jenis Heroin seberat 161 kilogram dan Cocaine seberat 246.65 kilogram. Anggaran nilai keseluruhan dadah yang disita berjumlah RM123,872,500.
๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก โข ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐ โข ๐ง๐๐๐๐ฆ
