Parlimen Iran Lulus Pelantikan Menteri Pertahanan Baharu

ISTANBUL, 18 Oktober – Parlimen Iran meluluskan pelantikan Mehrdad Akhlaqi Ketabchi sebagai Menteri Pertahanan baharu bagi menggantikan Aziz Nasirzadeh yang terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada 28 Februari lalu.

Pelantikan itu dibuat selepas Akhlaqi membentangkan perancangannya untuk kementerian berkenaan, termasuk memperluas pengeluaran pertahanan, memperkukuh penyelidikan dan menyesuaikan struktur kementerian dengan ancaman keselamatan semasa.

Dalam kenyataan pertamanya selepas kelulusan Parlimen, Akhlaqi menegaskan Iran telah mengambil langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan serangan AS, termasuk penggunaan bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast (MOAB).

Beliau turut memberi amaran mengenai risiko terhadap anggota tentera AS sekiranya konflik terus memuncak.

Akhlaqi sebelum ini mengetuai Organisasi Industri Aeroangkasa Iran dan pernah dikenakan sekatan oleh AS berhubung penglibatannya dalam aktiviti berkaitan peluru berpandu Iran.

— BERNAMA-ANADOLU

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *