4 NEGERI TUMPUAN INTERVENSI KDN perkukuh tindakan berfokus berasaskan data

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memberikan tumpuan intervensi kepada Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang mencatatkan kadar penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan tertinggi berdasarkan statistik sehingga Jun 2026. Pendekatan ini menggabungkan penguatkuasaan, pencegahan serta rawatan dan pemulihan mengikut tahap risiko setempat.

“Rawatan dan pemulihan secara sukarela adalah inti pati utama kepada pindaan Akta Penagih Dadah ini,”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Kadar yang direkodkan bagi setiap 100,000 penduduk ialah:

▪️ Terengganu: 735 orang
▪️ Kelantan: 694 orang
▪️ Kedah: 669 orang
▪️ Perlis: 646 orang

Kesemua kadar tersebut melebihi kadar nasional, iaitu 381 orang bagi setiap 100,000 penduduk. Angka ini merupakan kadar berbanding jumlah penduduk, bukannya jumlah keseluruhan kes di negeri berkenaan.

Faktor geografi, termasuk laluan penyeludupan rentas sempadan, dikenal pasti antara faktor risiko yang memerlukan perhatian. Sehubungan itu, AADK memperkukuh tindakan berasaskan data bagi mengenal pasti kawasan berisiko, menetapkan keutamaan intervensi dan menyelaraskan program bersama agensi berkaitan.

Kerjasama kerajaan negeri serta penglibatan aktif keluarga, institusi pendidikan dan komuniti terus diperkasa bagi menjayakan pencegahan dan menyokong pemulihan demi kesejahteraan masyarakat.

Sumber: Kenyataan Media Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, 20 Oktober 2026.
Sumber petikan YB MDN: Hansard Dewan Rakyat, 18 Julai 2024.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *