PMX ucap tahniah Bonnie raih emas kedua Malaysia di Para Asia 2026

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin, atas kejayaan meraih pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan kejayaan Bonnie dalam acara lelaki bawah 72 kilogram itu sebagai pencapaian membanggakan yang mengharumkan nama negara.

Beliau turut berharap kejayaan itu menjadi inspirasi kepada atlet para negara untuk terus mencipta kecemerlangan di pentas antarabangsa.

Pingat emas pertama Malaysia disumbangkan oleh pelumba berbasikal trek para, Zuhairie Ahmad Tarmizi, dalam acara ujian masa 1,000 meter lelaki C4-C5.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *