4,253 OPERASI SELURUH NEGARAPenguatkuasaan disusuli rawatan dan pemulihan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan 4,253 operasi penguatkuasaan di seluruh negara sehingga 18 Oktober 2026. Melalui operasi tersebut, 30,157 orang ditahan untuk menjalani program rawatan dan pemulihan, sebagai sebahagian usaha menangani penagihan dan penyalahgunaan dadah.

β€œRawatan dan pemulihan secara sukarela adalah inti pati utama kepada pindaan Akta Penagih Dadah ini,”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Selain penguatkuasaan, AADK turut memberikan keutamaan kepada rawatan dan pemulihan secara sukarela. Kedua-dua pendekatan ini melengkapi usaha menyeluruh menangani masalah dadah, di samping pelaksanaan program pencegahan dan pemerkasaan masyarakat.

Tumpuan turut diberikan kepada negeri berisiko tinggi, dengan intervensi berasaskan data bagi mengenal pasti kawasan yang memerlukan perhatian serta menyelaraskan tindakan bersama agensi berkaitan.

KDN terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri, institusi pendidikan, keluarga dan komuniti bagi mencegah penyalahgunaan dadah serta menyokong usaha pemulihan demi kesejahteraan masyarakat.

Sumber: Kenyataan Media Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, 20 Oktober 2026.
Sumber petikan YB MDN: Hansard Dewan Rakyat, 18 Julai 2024.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *