๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——๐—จ๐—ฃ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐Ÿฑ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ

.
๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Cubaan membawa masuk 57 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia melalui laluan laut tidak diwartakan gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah bot kayu di perairan Tanjung Karang, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat risikan terhadap aktiviti penyeludupan manusia di sekitar perairan Tanjung Karang.

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, selepas menerima makluman risikan, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan telah diatur gerak dan telah menahan sebuah vesel kayu berwarna merah dan hitam tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan kira-kira 0.7 batu nautika barat daya Tanjung Karang.

โ€œHasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong berumur 23 tahun bersama dua awak-awak warga Indonesia berusia 18 dan 28 tahun. Seramai 54 PATI warga Indonesia berada di atas bot itu, terdiri daripada 31 lelaki dan 23 wanita berumur antara 18 hingga 60 tahun,โ€ katanya.

Abdul Muhaimin turut berkata, sebahagian PATI yang ditahan mempunyai passport.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar negara melalui jalan yang tidak diwartakan, serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana cubaan menyeludup migran masuk Malaysia.

Kesemua individu bersama bot yang ditahan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu Abdul Muhaimin menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di perairan negara.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau melalui talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *