Hong Kong Gantung Import Produk Ayam Itik dari Kanada dan AS

HONG KONG, 21 Oktober – Hong Kong menggantung import daging dan produk ayam itik, termasuk telur, dari beberapa kawasan di Kanada dan Amerika Syarikat (AS) berikutan wabak selesema burung H5N1 yang sangat patogenik.

Penggantungan itu melibatkan Perbandaran Pembina di Manitoba, Kanada, serta Kaunti Stearns dan Benton di Minnesota dan Kaunti Jay di Indiana, AS.

Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong (CFS) mengarahkan penggantungan berkuat kuasa serta-merta bagi melindungi kesihatan awam, susulan makluman Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) mengenai wabak berkenaan.

CFS turut menghubungi pihak berkuasa Kanada dan AS serta akan terus memantau perkembangan wabak itu, lapor Xinhua. – BERNAMA-XINHUA

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *