
AFRIKA, 21 Oktober – Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh manakala 19 lagi cedera dalam serangan dron di Pasar Amiet, wilayah Abiyei yang menjadi pertikaian antara Sudan dan Sudan Selatan.
Pegawai tempatan mendakwa tentera Sudan bertanggungjawab melancarkan serangan itu. Bagaimanapun, pihak tentera Sudan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan berkenaan.
Kerajaan Sudan Selatan mengutuk serangan itu dan memanggil Duta Sudan bagi menyampaikan bantahan rasmi, selain menggesa pertikaian diselesaikan menerusi diplomasi dan dialog.
Abiyei, wilayah kaya minyak, kekal menjadi rebutan kedua-dua negara sejak Sudan Selatan mencapai kemerdekaan pada 2011. – VIORY
