Malaysia Teroka Kerjasama Strategik IRF, UNECE Perkasa Infrastruktur Jalan Raya

GANGNEUNG, 20 Oktober – Malaysia meneroka kerjasama strategik dengan Persekutuan Jalan Raya Antarabangsa (IRF) dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE) bagi meningkatkan keselamatan, kecekapan dan pengurusan infrastruktur jalan raya negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kerjasama itu berpotensi melibatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk perkongsian teknologi, kepakaran serta sistem pengurusan jalan raya bertaraf antarabangsa.

Perkara itu dibincangkan selepas lawatan teknikal bagi meninjau sistem kutipan tol aliran bebas berbilang lorong (MLFF) di Plaza Tol Gangneung, bersempena Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2026.

Kerjasama berkenaan dijangka membuka peluang kepada Malaysia untuk menerapkan teknologi terkini, melancarkan aliran trafik serta membangunkan infrastruktur jalan raya yang lebih pintar, selamat dan berdaya tahan.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *