Sultan Selangor Tegaskan Kerabat Diraja Wajib Hormati Undang-Undang

KLANG, 21 Oktober – Sultan Selangor menegaskan bahawa kedudukan sebagai kerabat diraja bukan alasan untuk melanggar undang-undang atau mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi.

Baginda bertitah, setiap kerabat bertanggungjawab menjaga tingkah laku dan nama baik institusi Diraja Selangor kerana tindakan individu boleh menjejaskan persepsi masyarakat terhadap keseluruhan keluarga diraja.

Baginda turut menasihati kerabat diraja supaya menyelesaikan perselisihan faham secara baik dan berhemah, selain terus bersatu mempertahankan martabat institusi Raja.

Titah itu dizahirkan pada Majlis Jamuan Teh bersama Kerabat Diraja Selangor sempena Sambutan Jubli Perak pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang.

Baginda turut menyeru kerabat diraja membaca buku Salasilah Keturunan, Waris dan Kerabat Diraja Selangor yang bakal dilancarkan bagi memahami sejarah dan susur galur Kesultanan Selangor.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *