π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” 𝗛𝗔𝗦π—₯𝗔𝗧 π— π—˜π—§π—˜π—₯π—”π—œ 𝗠𝗒𝗨 π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œ π—žπ—₯π—˜π—”π—§π—œπ—™ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—œπ—‘π——π—’π—‘π—˜π—¦π—œπ—”, π—¦π—œπ—‘π—šπ—”π—£π—¨π—₯𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—žπ—˜π— π—•π—’π—π—”

22 Oktober 2026

Jakarta : Malaysia berhasrat memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa negara termasuk Indonesia, Singapura dan Kemboja bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang perfileman, animasi, muzik serta persembahan konsert.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala berasingan dengan Menteri Negara bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura Baey Yam Keng serta Setiausaha Negara Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja Pen Monimakara di luar Persidangan Dunia Ekonomi Kreatif (WCCE) kelima pada Khamis.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *