

22 Oktober 2026
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan pelitup muka kepada murid sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Majlis penyerahan kurniaan disampaikan oleh Tan Sri Datoβ Dr Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini (22 Oktober).
Turut hadir, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara; Hishamuddin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Hirudin Mohit, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebanyak 376,000 pelitup muka akan diagihkan kepada murid-murid di 289 sekolah di Kuala Lumpur dan 28 sekolah di Putrajaya sebagai usaha membantu menjaga kesihatan murid yang terkesan akibat jerebu, khususnya daripada keluarga B40.
Kurniaan disalurkan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dengan kerjasama Jeffrey Cheah Foundation dan Wangsa Ultima Sdn. Bhd.
