


Petikan FB Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
1 MAC 2025
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Prestasi Pelaburan dan Dividen KWSP 2024 di: https://shorturl.at/1tv1K
