







Petikan FB Fadhlina Sidek
24 MAC 2025
Sejak dari awal memimpin KPM, tumpuan saya kepada TVET adalah keutamaan. Malah dalam Reformasi Pendidikan pun, agenda TVET adalah di barisan hadapan.
Kebolehpasaran TVET KPM adalah 99%.
Ketika saya berucap merasmikan Kolej Vokasional Sandakan 2 dengan bersungguh-sungguh, di bawah pentas anak-anak KV ini menyambut setiap bait ucapan saya dengan tepukan dan tanda “ onsoi”. Memang cukup bersemangat.
KEMBALI MENEMUI MEREKA
Turun sahaja pentas, selesai sidang media, saya kembali menemui mereka dan bertanya apa yang menyebabkan mereka sangat gembira ketika saya berucap.
“ Saya bah YB, yang paling bersemangat itu!”
“ kenapa bah kamu semangat?”
“ Ucapan YB itu memang buat kami dihargai. Memang bersemangat. Semua betul bah apa itu YB bilang”.
Sabah adalah negeri yang cukup berpotensi. Saya harus akui, dari segi pendidikan masih terlalu banyak yang kami perlu lakukan. Inisiatif sekolah daif telah berjalan dengan sangat baik dan progresif.
DIGERAKKAN DENGAN AGRESIF
Akses pendidikan yang lain sedang digerakkan dengan agresif termasuk sekolah K9/K11, Program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah / kelas MBPK, peningkatan inisiatif program STEM, penyelesaian sekolah padat, meningkatkan enrolmen dan kehadiran ke sekolah, advokasi berkaitan kemiskinan haid dan perkahwinan kanak-kanak.
TVET sebagai pilihan pendidikan kini menjadi agenda besar KPM di Sabah. Sebenarnya antara KV yang terbaik dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebenarnya juga KV dari Sabah. Ini bermakna dengan komitmen institusi dan warga KV, tiada apa yang mustahil.
Kerajaan MADANI telah menubuhkan majlis TVET negara sebagai landasan penting untuk menentukan haluan negara menerusi TVET. Sebagai sebuah negara yang sedang bersiap siaga memimpin ASEAN, halatuju ini penting untuk membina kepakaran dalaman negara.
TVET bukan pilihan kedua! Tetapi adalah arus perdana!
MADANI onsoi!
