




2 APRIL 2025
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han mengumumkan Chery Malaysia bersetuju menyediakan 50 kenderaan secara percuma bagi membantu mangsa kebakaran di Putra Heights.
Menerusi hantaran di FB, Sze Han mengucapkan terima kasih kepada pihak Cherry.
“Ramai mangsa kehilangan kenderaan dalam kebakaran di Putra Heights akibat kebakaran ini,” katanya.
MEMAHAMI KEPERLUAN MENDESAK
Beliau berkata, setelah meninjau kawasan terjejas semalam dan memahami keperluan mendesak penduduk untuk pengangkutan, beliau segera menghubungi Chery Malaysia.
“Saya amat menghargai respons pantas dan keprihatinan mereka dalam menyediakan 50 kenderaan untuk membantu mangsa bencana,” katanya.
Pautan permohonan: https://bit.ly/bantuankeretasementara
Sebarang pertanyaan, sila hubungi +60 16-412 2721 (Jen). – JM
