Industri semikonduktor tidak terjejas oleh kenaikan tarif dikenakan Amerika Syarikat – PMX

11 APRIL 2025

Industri semikonduktor di negara ini masih tidak terjejas secara langsung oleh kenaikan tarif dikenakan Amerika Syarikat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu terus memantau perkembangan ini dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing.

“Agenda reformasi ekonomi negara perlu diteruskan termasuk reformasi industri yang juga akan melibatkan Pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP),” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) kedua bagi tahun 2025.

MELIBATKAN DASAR PENTING

Pada mesyuarat turut mempertimbangkan beberapa laporan kemaskini melibatkan dasar penting berkaitan pelaburan negara.

“Kita turut membincangkan pembiayaan Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy – NSS),” katanya.

Beliau berkata, ini penting untuk menangani jurang pembiayaan syarikat tempatan berdasarkan rantaian nilai semikonduktor dan projek integrasi mendatar industri berteknologi tinggi yang selaras dengan dasar New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 dan NSS. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *