




Petikan FB Fadhlina Sidek
21 APRIL 2025
Hari ini murid di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara mula memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam masing-masing.
Anak-anak ini tampak bangga dan segak dengan lencana Jalur Gemilang didada.
Saya tekankan sewaktu dalam ucapan pada pagi ini bahawa semangat patriotisme dan cinta akan negara perlu dipupuk sedari awal.
Sebagai anak Malaysia, maksud di sebalik reka bentuk Jalur Gemilang perlu difahami dan pengertiannya dihayati sepenuhnya.
Terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang turut hadir menyempurnakan simbolik pemakaian lencana Jalur Gemilang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang. – JM
