Presiden China beri penghargaan kawal keselamatan luar biasa sepanjang lawatan di Malaysia – Saifuddin

26 APRIL 2025

Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping telah menyampaikan penghargaan menerusi Perdana Menteri berikutan kawalan keselamatan yang luar biasa sepanjang lawatan beliau ke Malaysia tempoh hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, itu semua adalah hasil kerja keras pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan agensi-agensi keselamatan yang lain.

“KDNKA memang tidak asing lagi dengan kehebatan menjaga keselamatan negara dan syabas juga kerana sambutan majlis hari ini pun tak kurang hebatnya,” katanya dalam hantaran di FB.

Turut hadir pada majlis ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara.
Tan Sri Razarudin Husain.

KE BEBERAPA RERUAI

Beliau sempat singgah ke beberapa reruai dan hampir setiap reruai hulur makanan minta saya jamah.

Walaupun perut dah kenyang, tak sampai hati saya nak tolak.

Beginilah budaya orang Melayu kita, santun dalam budi, halus dalam pekerti.

Di sebalik kemeriahan, saya juga tak lupa untuk menyantuni anak-anak yatim, asnaf dan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kalangan warga KDNKA dengan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *