



Wartawan JM
17 JUN 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi membincangkan pelbagai isu penting berkaitan hak asasi manusia yang memberi kesan langsung kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.
Beliau berkata, perbincangan meliputi pencapaian SUHAKAM serta cabaran semasa yang semakin kompleks, termasuk perubahan teknologi dan sosial yang menuntut pendekatan lebih menyeluruh dan bersepadu.
Beliau berkata, perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi, contohnya, menimbulkan dimensi baharu dalam menjamin dan melindungi hak asasi manusia, justeru perhatian khusus juga perlu diberikan kepada hak asasi kanak-kanak yang semakin terdedah kepada risiko baharu.
“Saya berharap agar SUHAKAM kekal menjadi institusi yang berwibawa dan progresif dalam memperjuangkan hak golongan rentan serta terus memainkan peranan penting dalam memperkasa agenda hak asasi yang seiring dengan harapan dan cita-cita negara,” katanya dalam hantaran di FB. – JM
