Fahmi terima kunjungan hormat Ketua Polis Negara

Wartawan JM
3 JULAI 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di pejabatnya petang semalam (2 Julai).

Fahmi menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian Mohd Khalid singgah ke Kementerian Komunikasi.

“Insya-Allah, pihak kementerian akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyampaikan maklumat sahih, dan menangani cabaran komunikasi era digital secara berkesan,” kata Fahmi dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *