



Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
4 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia selamat tiba di Paris bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron.
Beliau bakal mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Macron di Istana Élysée, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Perancis yang sedia terjalin.
“Kami turut akan meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan hubungan antara rakyat,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau juga dijadual menyertai Sesi Meja Bulat bersama tokoh industri utama Perancis bagi memperluas peluang pelaburan dan perdagangan selain menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne.
“Semoga lawatan ini akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Perancis, demi manfaat bersama dan kemajuan serantau serta global,” kata beliau. – JM
